Saya cuma sokong siasatan 1MDB dibuat, kenapa UMNO gesa saya keluar parti - Khairy



Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa BN dan UMNO perlu menyokong siasatan terhadap 1MDB daripada terus bergelumang dengan kes yang tidak pernah ada jalan penyelesaian nya ini malah akan membebankan parti dan membuatkan parti tidak dapat bergerak kehadapan dengan lebih cemerlang.

Walaubagaimanapun saranan Najib ini membuatkan segelintir pegawai UMNO mengesa agar KJ keluar dari UMNO dan tinggalkan UMNO. KJ yakin sekiranya semua perkara ini terungkai maka pihak UMNO akan boleh menjadi parti pembangkang yang bijak dan telus tanpa bebanan dari sifat dan kegiatan pemimpin lama.
1mdb merupakan syarikat yang telah diilhamkan dan ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Malysia Dato Seri Najib Tun Razak. Ia merupakan syarikat penuh kerajaan yang pada awalnya diujudkan untuk pembangunan negara. 1mdb mempunyai pelbagai aset yang bernilai. Kapal mewah yang disita baru baru ini kepunyaan Jho Low adalah salah satu dari aset yang dimiliki oleh 1mdb. Bukan setakat itu malah wang 1mdb juga dikatakan adakaitan dengan pembelian lukisan lukisan mewah, hartanah mewah serta penerbitan filem di hollywood. 1mdb juga pernah mementerai perjanjian usahasama dengan syarikat petrolium di Arab Saudi.

Usaha untuk menyelamatkan 1mdb tidak kesampaian apabila BN dibawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak telah kalah didalam PRU ke 14. Setelah menerima kekalahan tersebut kerajaan terbaru semakin giat untuk mendapatkan kembali wang negara yang didakwa ada pada 1mdb.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==